Header Ads

Hidup Di Rumah Bertingkat, Jangan Pentingkan Diri Sendiri

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penghuni pangsapuri memasang pagar di laluan di ruang pejalan kaki, menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati penghuni yang lain. 


"Tokeh ni sedap je pasang grill depan rumah menghalang orang daripada jalan depan rumah dia di Blok A1, Unit 304, Seksyen 2. 

"Walaupun ada tangga di kedua-dua belah, tetapi tetap haram sebab jika berlaku kecemasan, penghuni sangkut," katanya. 

Difahamkan, laporan telah dibuat kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tindakan selanjutnya. 

Sementara itu, netizen kesal dengan sikap penghuni rumah terbabit yang bersikap mementingkan diri berbanding mengutamakan soal keselamatan penghuni yang lain. 

"Dia beli rumah itu sekali dengan koridor ke? Nak safety sangat, pasang sajalah di pintu dan tingkap itu. 

"Duduk di rumah flat/pangsapuri, confirmlah ada orang lalu depan rumah. Lain kali kumpul duit, beli rumah teres. Nak pasang grill banyak mana pun boleh. Tak ada orang marah," kata Syukri Shahruddin. 

"DBKL dan Bomba, sila ambil tindakan. Even kitorang yang manage untuk satu-satu buildings pun kena sama kalau renovate tanpa kelulusan dan lesen dari DBKL. Ini pula rumah? 

"Tak semestinya kau beli rumah itu, kau dapat keseluruhan kawasan. Sedarlah diri duduk di rumah tinggi, bukan landed house," kata Siti Norashikin. 

"Kadang-kadang diorang ni jenis tak sedar diri. Kalau duduk rumah jenis begini, masing-masing kena hormatlah orang lain. Kalau rasa nak buat grill bagai, beli tanah, buat rumah sebuah yang jauh dari orang lain," kata Muhammad Daffa Hanis Naushad. 

Walau bagaimanapun, ada netizen yang berpendapat mungkin penghuni rumah itu sudah hilang kesabaran dengan perangai jiran-jiran berhampiran. 

"Kadang-kadang memang rasa nak buat begitu bila jiran kiri kanan tidak memahami. Kasut letak di luar, kena rembat, kena sepak. Jalan pun main hentak-hentak kaki biarpun waktu itu dah malam atau orang sedang tidur, tiba-tiba ada orang lalu gelak macam syaitan. 

"Mungkin dia sudah kurang kesabaran dengan jiran-jirannya," kata Tyra. 

Apa pun alasannya, memasang pagar dan menjadikan kawasan koridor itu sebagai kawasan persendirian adalah salah. Jika berlaku sebarang kecemasan, ia boleh menyebabkan penghuninya terperangkap dan tidak dapat menggunakan tangga kecemasan. 
loading...

No comments

Powered by Blogger.