Header Ads

LIHAT BAGAIMANA WANITA INI LIPAT & SUSUN BAJU DENGAN KEMAS DI RUMAH. SANGAT EFEKTIF!

Bila masuk hujung minggu, baru ingat nak rehatkan badan bersenang-lenang di rumah. Tapi, bila tengok baju-baju yang nak kena lipat, aduh!. Perasaan malas tu kita saja yang tahu.

Sebenarnya, untuk mengelakkan situasi sebegini, ada caranya yang anda boleh ikuti. Malah cara ini bukan sahaja dapat membantu anda untuk mengemas baju dengan mudah, malah rumah dan bilik pun akan jadi kemas dengan serta merta! Nak tahu caranya? Jom kita panduan ini langkah demi langkah .

LANGKAH PERTAMA




Keluarkan semua pakaian dan kumpulkan di satu tempat yang paling lapang dalam rumah. Lepas tu asingkan ikut tuan baju atau kegunaan termasuk pakaian dalam,stokin,tudung,tuala dan cadar even langsir pun serta kain untuk lap habuk,meja dan sebagainya.

LANGKAH KEDUA

Wujudkan bakul untuk setiap ahli rumah sebenarnya lebih senang. Selepas proses pertama fokus kepada 1 ahli rumah dan buat penilaian kepada baju sama ada masih perlu atau tidak.

Jika pakai hanya setahun sekali anda fikirkan tempat yang sesuai mana nak letak baju tu asingkan pakaian malam,siang,sekolah,sukan dan lain-lain ikut keperluan so nanti bila dah siap kita nampak banyak mana baju yang kita ada untuk sesuatu keperluan. 


Contohnya tudung selepas kita dah asingkan nanti anda akan nampak banyaknya bilangan tudung itu untuk satu-satu warna. So nampak tak anda cenderung kepada warna apa. Sampaikan ada satu warna sampai 20 helai so nanti shopping jangan beli dah warna tu okay. Selepas ni boleh fokus kepada almari masing2 pula ye..

LANGKAH KETIGA

www.facebook.com/zuera.burn
Belajar cara lipat baju yang betul bulan gulung-gulung sumbat jer ye sebab saya pernah tengok ibu anak 5 dah dia lipat baju gulung dan sumbat je memang takde kebas dan gosok2 pun pada baju. Kesian pula tengok.

Ok ade pelbagai cara lipat baju.. tengok almari lebar mana untuk satu2 bahagian..ok sila belajar ye nak guna alat ni pun boleh. Dulu saya wujudkan alat ini utk setiap anak tapi since dah pandai lipat tanpa alat ni saya let go dah semua so hasil dari ini juga boleh bagi anak kemahiran lipat kain tau.

LANGKAH KEEMPAT

ovelifeandmyjourney.blogspot.my
Untuk ruang yang besar biasanya laci la cadangan saya buat macam ni blh DIY guna kotak jer atau bakul ikut kreativiti anda la.
Idea tambahan : Yang ni almari guna kaedah macam laci juga cuma tegakkan bakul ke bahagian belakang almari ikut kreativiti masing-masing ya.

LANGKAH KELIMA

Ok selesai kemas baju dalam almari tadi ada la baju yang tak muat, koyak,rosak,nak buang,nak sedekah boleh la packing macam ni, siap label lagi senang.
* Untuk tudung awning ini cara yang paling sesuai kalau kita gulung nanti agak2 anda pakai tak kalau gulung so better kena show laaa sbb kita nampak depan mata
Ini pulak shawl atau bawal susun macam ni guna penyangkut kecik tu..ada jual kat kedai2 yg jual alat utk peniaga sila cari murah jerr xsampai 50 sen satu beli borong lagi murah
Guna bakul macam ni pun ok jugak tau tapi pastikan anda nampak tudung tu sbb secara psikologinya bila kita nampak kita pakai kalu tak nampak mmg tak pakai lah.
www.facebook.com/zuera.burn

TIPS-TIPS TAMBAHAN

1. Ok ada lagi 2 kaedah dalam gambar ni sama ada nak kepit dengan hanger yg ade penyepit tu atau guna loop tu yang bulat-bulat tu tapi honestly saya tak suka pakai yang lubang-lubang tu sebab awning rosak jugak dan tudung berkedut.
2. Lipat ikut jenis dan susun ikut keperluan memang memudahkan anak2 utk mencari baju yang diorg nak pakai nanti..kalau anak perempuan utk gaun dan skirt or blause terus jer sangkut nanti nak pakai tak perlu gosok lagi.
3. Baju anak2 dari baby sampai umur 6 tahun memang saya letak sepasang-sepasang macam ni even yang 13 tahun tu pun saya letak sepasang-sepasang sebab apa? Yang tu saya guna kaedah lain nanti sya share utk next tips ye, cara nak rumah sentiasa kemas.
4. Ini pula kaedah bakul yang kos tinggi sikit sbb bakul ni agak mahal dalam rm20 ke atas so kalau ade budget boleh laa teruskan.
5. Yang ni pula kaedah letak bawah almari atau katil guna organiser yang ade jual dah siap banyak dijual sekarang lepas tu susun guna kaedah bakul jugak atau buat partition guna kotak kemudian sorong jer bawah katil.
6. Ok ni tips semasa menggosok..sila buat pengkhususan setiap kali buat apa2 tugas contohnya bila gosok kain gosok semua kainnnn jer dan bila gosok seluar gosok seluar jerrrr baru lebih cepat dan sistematik laaa kerja buat kita.

ANTARA GAMBAR YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN







Selamat mencuba! Harap lepas ni makin kemas la almari di rumah ya!
Sumber: Zuera Burn  dan Sirap Limau
loading...

No comments

Powered by Blogger.