Media Jariah

Kongsi Pahala Dan Sedekah

Header Ads

  • Home
  • Home / Negeri Sembilan / Saraf / Tulang Belakang / ‘Saya Langsung Tak Boleh Bergerak Hanya Mengharap Bantuan Isteri Menguruskan Diri’ - Rayu Bapa Anak 8 Masalah Urat Saraf Dan Sakit Tulang Belakang

    ‘Saya Langsung Tak Boleh Bergerak Hanya Mengharap Bantuan Isteri Menguruskan Diri’ - Rayu Bapa Anak 8 Masalah Urat Saraf Dan Sakit Tulang Belakang

    Negeri Sembilan, Saraf, Tulang Belakang

    Salihan tepaksa meminta bantuan isterinya untuk menguruskan dirinya yang tidak boleh bergerak sejak September lalu.
    LABIS – Seorang lelaki di Felda Chemplak, di sini, hilang sumber pendapatan selepas terlantar akibat penyakit tulang belakang dan masalah urat saraf sejak bulan September lalu.

    Salihan Husin, 48, berkata, dia yang sebelum ini mengambil upah bekerja kampung terpaksa mengharapkan isterinya, Azizah Abdul Hamid, 42, untuk menguruskan diri dan semua keperluan hariannya.

    “Sebenarnya sejak awal tahun penyakit ini telah mula menyerang saya namun saya masih boleh bergerak lagi walaupun menggunakan tongkat dan hanya mengesyaki ini penyakit pinggang yang biasa sebab saya banyak melakukan pekerjaan berat.

    “Bagaimanapun, sejak bulan September lalu penyakit ini menjadi semakin teruk sehingga saya langsung tidak boleh bergerak sebelum isteri saya membawa saya ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar bagi mendapatkan rawatan,” katanya kepada Sinar Harian.

    Menurut bapa kepada lapan anak itu, walaupun dalam keadaan sakit, dia juga sempat melangsungkan perkahwinan anak ketiganya, Syuhada, 20, sebelum ditahan di wad HPSF  hampir sebulan.

    Katanya, hasil pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer atau CT Scan dan keputusan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), doktor memberitahu dia menghidap penyakit cakera tergelincir (slip disc) selain terdapat tulang belakangnya yang sudah rosak.

    “Doktor turut memberitahu terdapat ketumbuhan pada hati dan paru-paru saya akibat kuman daripada tulang belakang yang sudah merebak ke anggota badan.

    “Untuk rawatan tulang belakang, saya memerlukan kira-kria RM15,000 bagi melakukan pembedahan dan duit simpanan saya juga habis digunakan untuk kegunaan rawatan sama ada secara moden atau tradisional,” katanya.

    Sementara itu, Azizah berkata, disebabkan penyakit suaminya itu juga, anak keempatnya, Nur Atikah, 18, terpaksa menangguhkan hasratnya untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi kerana kekangan kewangan.

    Menurutnya, dia juga buntu memikirkan persekolahan empat anaknya terutamanya menjelang sesi persekolahan baharu tahun hadapan dan terpaksa memikul tanggungjawab menjadi ketua keluarga selepas suaminya sakit.

    “Saya sebelum ini membuka kedai makan di hadapan rumah dan selepas suami sakit, kedai juga sudah lama tidak dibuka dan disebabkan penyakitnya itu, emosinya sering tidak stabil kerana suami sebelum ini merupakan seorang yang aktif dan lasak.

    “Rumah yang kami duduki sekarang juga merupakan rumah sewa dan tuan rumah sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk mengambil semula rumah ini dan sekiranya ini terjadi, kami sekeluarga akan kehilangan tempat tinggal,” katanya.

    Menurutnya, setiap bulan dia membelanjakan kira-kira RM1,000 untuk kos rawatan suaminya selain terpaksa mengeluarkan duit sendiri sebanyak RM300 untuk membeli tilam oksigen dan susu formula khas untuk menguatkan tulang.

    Katanya, dia juga telah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal namun belum ada sebarang maklum balas. Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan secara terus ke akaun Maybank milik Azizah bernombor 151119254083 atau menghubunginya di talian 0102472532.





    Related Posts

    Tulang Belakang

    Post a Comment

    No comments

    Subscribe to: Post Comments ( Atom )

    Popular Posts

    • Baca Dua Ayat Ini Setiap Malam, Nescaya Allah Lancarkan Rezeki..
      Baca Dua Ayat Ini Setiap Malam, Nescaya Allah Lancarkan Rezeki..
      Ada dua ayat di dalam Al Qur’an yang jika dibaca setiap malam maka orang yang membacanya akan diberikan kecukupan. Dua ayat saja? Iya, h...
    • Inilah Doa Nabi Yusuf Supaya Wajah Tampil Cantik dan Berseri (Mohon SHARE)
      Inilah Doa Nabi Yusuf Supaya Wajah Tampil Cantik dan Berseri (Mohon SHARE)
      Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf. Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau waja...
    • Khasiat Bismillah 5, Pendinding dan Ayat Penyembuh (Syifa) Segala Penyakit!
      Khasiat Bismillah 5, Pendinding dan Ayat Penyembuh (Syifa) Segala Penyakit!
      Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit  serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan ...
    • Yang Manakah Lebih Utama Bersedekah Kepada Orang Miskin atau Bersedekah kepada Ahli Keluarga Terdekat? Ini Jawapannya..
      Yang Manakah Lebih Utama Bersedekah Kepada Orang Miskin atau Bersedekah kepada Ahli Keluarga Terdekat? Ini Jawapannya..
      Sebenarnya Lebih Penting untuk mendahulukan yang mana, bersedekah kepada Orang Miskin atau memilih bersedekah kepada ahli keluarga terdek...
    • PELIK GURU TASKA TAK BOLEH MAKAN MAKANAN BUDAK. RUPANYA BILA AKU LALU DI DAPUR AKU NAMPAK…
      PELIK GURU TASKA TAK BOLEH MAKAN MAKANAN BUDAK. RUPANYA BILA AKU LALU DI DAPUR AKU NAMPAK…
      Hi guys. Aku tak pernah confess apa-apa lagi dalam ni. Kiranya ni 1st time sebab aku terbaca satu confess pasal ada orang kerja kat taska. ...
    • 'Letak RM3,000 dalam wallet suami, itu sebagai tanda saya menghargai pengorbanannya'
      KUALA LUMPUR - Viral di media sosial, gambar dan status seorang wanita yang dikatakan telah memberi RM3,000 kepada suaminya mencetus pe...
    • Solatlah Dengan Khusyuk Dan Hindarilah Tanda Hitam Di DAHI Kerana Itu Tanda Riya’ Dan Cara Sujud Yang SALAH!!!
      Solatlah Dengan Khusyuk Dan Hindarilah Tanda Hitam Di DAHI Kerana Itu Tanda Riya’ Dan Cara Sujud Yang SALAH!!!
      Perbanyaklah sujud namun jaga wajahmu supaya tetaplah nampak bagus dan hindari munculnya ciri gelap di dahi kerana di kuatirkan timbu...
    • Masya Allah, Tak Sangka Ini Sebab Rasulullah SAW Sukakan Kucing dari Sudut Sains. Untunglah Siapa Bela Kucing...
      Masya Allah, Tak Sangka Ini Sebab Rasulullah SAW Sukakan Kucing dari Sudut Sains. Untunglah Siapa Bela Kucing...
      Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucin...
    • Puasa Tapi Tidak Solat. Apa Hukumnya? Adakah Sah Puasa Tersebut? Baca Keterangan Ustaz Ini..
      Puasa Tapi Tidak Solat. Apa Hukumnya? Adakah Sah Puasa Tersebut? Baca Keterangan Ustaz Ini..
      ADA ke orang yang puasa tapi tak solat?" "Kenapa dia boleh puasa tapi tak boleh solat?" "Dapat ke pahala puas...
    • Masya Allah Inilah Inilah Enam Janji Allah Kepada Orang yang Rajin Bersedekah Secara Sembunyi,Rugi Kalau Takut Miskin Kerana Sedekah!
      Masya Allah Inilah Inilah Enam Janji Allah Kepada Orang yang Rajin Bersedekah Secara Sembunyi,Rugi Kalau Takut Miskin Kerana Sedekah!
      Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibal...

    Blog Archive

    • ►  2017 (109)
      • ►  July (1)
      • ►  June (72)
      • ►  May (36)
    • ▼  2016 (5)
      • ►  December (1)
      • ▼  November (4)
        • Suami Hanya Bekerja Kampung Rayu Bantuan Untuk Tam...
        • Suami Isteri Hidap Kanser, Alami Masalah Kewangan ...
        • ‘Saya Langsung Tak Boleh Bergerak Hanya Mengharap ...
        • Hilang Kerja Kerana Anak Sakit, Perlukan RM50,000 ...

    Random Posts

    Recent Posts

    Created By Sora Templates & Blogger Templates
  • Powered by Blogger.