Header Ads

Suami Hanya Bekerja Kampung Rayu Bantuan Untuk Tampung Kos Rawatan Dialisis Isteri


Mohd Nor menunjukkan gambar isterinya yang masih menerima rawatan di HRPB.

BIDOR - Seorang suami bagaikan hilang punca untuk mencari wang bagi membiayai kos rawatan dialisis untuk isterinya selepas kedua-dua buah pinggangnya disahkan gagal berfungsi.

Mohd Nor Abd Rahman, 67, berkata, isterinya, Hamidah Mohamad, 61, menerima khabar duka itu daripada pegawai perubatan Hospital Raja Pemaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada 19 September lalu.

Katanya, pihak hospital juga meminta isterinya untuk menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu di kawasan berhampiran Bidor sekiranya tidak mahu berdepan risiko kesihatan lain.

Menurutnya, dia yang hanya bekerja kampung tidak mampu membiayai kos rawatan dialisis di pusat dialisis swasta yang agak mahal di sekitar kawasan Bidor.

"Pusat rawatan dialisis di Hospital Tapah jauh lebih murah berbanding swasta, namun ia masih dibaik pulih dan akan dibuka pada tahun hadapan.

"Buat sementara waktu, kami terpaksa cari pusat dialisis swasta untuk cuci buah pinggang dan jika tak isteri saya mungkin koma atau berdepan situasi yang lebih buruk," katanya.

Tambah Mohd Nor, dia memerlukan RM200 setiap kali menjalani rawatan dialisis, dan itu tidak termasuk kos ubat-ubatan yang perlu diambil ketika tambah darah.

Katanya, walaupun anak-anak ada membantu, namun masih tidak mencukupi kerana mereka juga berdepan dengan masalah kewangan selain mempunyai keluarga sendiri untuk ditanggung.

"Saya sudah buntu untuk cari dana bagi rawatan dialisis isteri saya. Saya takut kehilangan dia jika lambat buat rawatan," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh salurkan bantuan ke akaun CIMB Bank Azrulehsan Mohd Nor atau boleh hubungi talian 017-5990136 (Roy).

CIMB Bank Azrulehsan Mohd Nor
7616-4672-31

No comments

Powered by Blogger.