Header Ads

Setiap Anak Dituliskan Rezeki Masing-Masing, Banyak Atau Sedikit Bergantung Kepada Kesabaran Kedua Orang Tuanya...

Assalamualaikum.

Cuma nak berkongsi kisah aku buat ibu ibu muda terutamanya yang baru/ bakal menjadi seorang ibu. Terima kasih admin jika sudi siarkan.

Terlebih dahulu aku nak ucapkan tahniah buat wanita wanita yang dah bergelar ibu. Tak Kira yang full time housewife ataupun yang bekerjaya. Aku seorang wanita bekerjaya di akhir 20-an. Alhamdulillah, lepas 2 tahun kahwin aku dan suami di kurniakan seorang baby girl yang menjadi penyeri hidup kami.

Allah saja yang tahu segala susah senang jatuh bangun dalam perkahwinan aku ni. Masa aku mengandung, aku terpaksa berhenti kerja buat sementara disebabkan alahan yang teruk. 

Suami ku macam biasa, dia support walaupun macam nak pecah kepala rasanya bila pikir kan semua commitment yang perlu di bayar dengan hanya dia seorang yang kerja waktu tu. Tapi yang selalu dia kata, “InshaAllah rezeki tu ada, awak jangan risau” Aku buat bisnes part time dari rumah, dapat la sikit dalam RM500 (berbanding gaji masa kerja dulu RM3k) untuk bantu dia bayar hutang2.

Gaji suami jauh lebih rendah tapi dia tak pernah atau jarang sekali nak tunjuk dia risau. Aku yang kadang2 intai dia dari bilik tido kami (bukak pintu nampak meja makan) suami kat situ malam2 sambil pegang bil2 dan kalkulator kat tangan. Teringin sangat nak makan macam2 tapi hanya mampu diam. 

Aku tak nak bebankan suami. Tapi tu la, kadang2 mulut terlepas cakap, suami nampak macam happy pulak bila aku ngidamkan sesuatu. Terus dia cakap, “ok nanti balik keje saya pergi cari untuk awak” bersalahnya rasa. Tapi pada waktu yang sama, rasa sangat terharu si dia masih usaha untuk dapatkan apa yang diidam.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, aku dah 36 minggu mengandung, suami dah tak bagi buat kerja part time dah sebab aku macam dah sarat sangat, dengan sakit belakang dengan sakit kaki. Dia suruh rehat. Aku akur tapi risau dalam hati ni hanya Allah yang tahu. Sehelai baju baby pun belum beli. 

Hari2 tengok kat internet persediaan beg untuk dibawa ke hospital. Mak mertua pun dah pesan suruh prepare beg hospital. Tapi dia tak tau agaknya yang kami berdua tak berduit. Duit yang ada pun lepas tolak bayar bil, hutang, hanya cukup2 sahaja untuk minyak dan tol untuk suami ke kerja. Balance sikit2 tu buat belanja makan.

Setiap hari tak pernah miss doa supaya keluarga kecil ni dimurahkan rezeki, diberkati dan dipermudahkan segala urusan. Tiba2 tak lama lepas tu mak aku call., nak datang KL katanya. Mak aku duduk jauh. Datang2 KL dia ajak beli barang baby. Aku dengan suami memang segan sangat, tapi mak aku pun excited dengan cucu pertama dia, dan aku anggap ni rezeki anak, tiba2 mak datang nak belikan baju2. 

Masa tu banyak sangat2 baby fair di sekitar KL ni tapi aku hanya mampu buat2 tak nampak poster2 iklan tu, kalau kat FB, aku scroll laju2. Ada baby fair dan warehouse sale pun aku tak mampu nak beli apa2. 

Kawan2 yang pregnant lebih kurang sama masa dengan aku semua dah sibuk update facebook instagram yang diorang dah beli set berpantang, breast pump, carseat, stroller baby dan macam2 lagi. Maklumlah masing2 teruja nak dapat anak pertama. Aku kat rumah mampu berhuhuhu aje lah. Rezeki masing2..

Akhirnya berbekal kan RM20(sebab teringin sangat nak pergi) aku dan suami pun pergila baby fair yang paling dekat dengan rumah kami. Dapat beli topi baby 3 helai dengan mittens. Rasa happy sangat walau dapat beli sikit pun. 

Masa tu aku banyak sedap kan hati, ‘takpela mana tahu nanti ada yang melawat baby bawak hadiah sikit2’ aku tak mengharapkan sangat pun tapi rezeki Allah, syukur alhamdulillah, banyak sangat orang datang melawat dan bagi hadiah, hamper, ada yang bagi botol susu, pampers dekat baby, ayah aku bank in duit utk beli baby cot dan brg2 lain, tak kurang jugak pakcik makcik yang datang dan hulurkan duit. Memang terharu sangat2. Kalau lah diorang tahu yang aku dan suami memang sangat memerlukan ‘sumbangan’ dari diorang.

Jadi buat2 bakal2 ibu atau ibu2 muda yang sedang melalui benda yang aku pernah lalui dulu, jangan lah risau sebab rezeki anak tu pasti ada. Walaupun gaji suami aku lebih rendah dari gaji aku dulu alhamdulillah setakat ni aku dengan anak belum pernah makan pasir. Masih hidup seperti biasa, masih mampu bergelak ketawa walaupun kehidupan kami tak semewah mana (jauh sangat dari mewah sebenarnya). Sejak habis pantang dulu, aku dah sambung kerja balik, alhamdulillah ringan lah sikit beban suami. Apa yang penting:

– jangan lupa ibu ayah kita. Setiap kali jumpa diorang, rajin2 hulurkan duit. Ada duit sikit, hulur sikit. Ada duit lebih, hulur lebih.
– rajin2 solat dhuha, nak lagi best, amalkan Surah Al Waqiah.
– doa yang baik2 buat pasangan. Dalam masa tengah susah, support suami isteri sangat lah penting. Setiap pagi masing2 nak pergi kerja, salam, cium pipi dahi semua.
– buat baik sesama binatang. Aku suka kucing dan selalu bagi makan kat kucing. Sambil2 tu mintak diorang ( kucing2) tu doakan kita..
– usaha. Kita selalu cakap, ‘rezeki tu ada’ tapi cuba tanya diri kita ada usaha tak untuk dapatkan rezeki yang ada tu? Rezeki memang ada cuma ia tak datang bergolek.. sentiasa usaha mencari peluang untuk dapat yang lebih baik, untuk jadi yang lebih baik..
– faham yang rezeki tu bukan dari wang ringgit semata. Rezeki ni terlalu luas konteks nya. Masih ada ibu ayah, kesihatan, kebahagiaan, ada pasangan yang baik – ini semua ada lah rezeki.

Relax, tenangkan diri, enjoy pregnancy, enjoy bonding with your baby.. xo

– Mrs M
loading...

No comments

Powered by Blogger.