Header Ads

Perhatian Para Wanita! Inilah Hukum Membiarkan Kuku Panjang Dan Mewarnakannya

Jari runcing wanita memang nampak cantik tambahan lagi jika bersekali dengan kuku yang disimpan panjang dan dirapikan seeloknya. Tetapi boleh atau tidak seorang wanita itu menyimpan kuku panjang dengan alasan demikian.

Bagaimana pula dengan persoalan mereka yang menggunakan pewarna kuku selepas siap mengambil wuduk? Adakah boleh wanita membiarkan kukunya berwarna dengan pewarna kuku selama 24 jam, kemudian baru dibersihkan?

Sebagai wanita yang digelar ‘new ummah’, perlu tahu perkara ini. Bimbang jika dilakukan akan menyebabkan kita lebih terarah kepada situasi riak atau takbur.

Ini Jawapannya:
 Membiarkan kuku tumbuh panjang adalah sesuatu yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

"Termasuk fitrah adalah lima perkara, iaitu: khitan(berkhatan), mencukur bulu kemaluan, mencukur misai, memotong kuku serta mencabut bulu ketiak."

Tidak dibolehkan membiarkan bulu-bulu itu hidup lebih dari 40 hari.

Perkara ini berdasarkan hadis daripada Anas r.a yang mengatakan bahawa:

"Rasulullah SAw menentukan batas waktu bagi kita untuk mencukur misai, meotong kuku, mencabut atau mencukur bulu ketiak dan mencukur dan mencukur bulu kemaluan. Mereka tidak boleh dibiarkan tumbuh lebih dari 40 hari."

Membiarkan bulu-bulu itu tetap tumbuh panjang adalah menyerupai binatang dan orang-orang kafir.

Manakala bagi persoalan penggunaan pewarna kuku sebaik-baiknya dihindari bagi wanita Muslim. Seseorang harus membersihkannya ketika mahu air pada kuku kecuali inai.

Hal ini adalah kerana inai tidak menghalang air kena pada kuku. Inai juga diperbuat daripada daun inai yang halal digunakan oleh orang Islam.

Wallahualam

SUMBER: LAMAN WEB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
loading...

No comments

Powered by Blogger.