Header Ads

Sekarang Susah Nak Jumpa 2 Orang Yang Tidak Mengenali Bertukar Senyuman Bila Berselisih. Susah Sangatkah Senyum Kalau Jumpa Orang?



Senyuman itu sedekah.
Senyumanmu kepada saudaramu adalah sedekah.” Hadis sahis riwayat Ibnu Hibban.
Setiap hari kita akan berjumpa ramai manusia. Bermula dengan ahli keluarga kita sendiri, jiran tetangga, masyarakat setempat, rakan sekerja dan sebagainya.
Ternyata pada zaman ini, mustahil seseorang itu boleh hidup seorang diri tanpa melibatkan orang lain dalam hidupnya.
Inilah yang dinamakan kehidupan. Tak dapat tidak kita mesti bersosial, bergaul dengan orang lain. Paling kurang adalah berselisih di jalanan, tangga, dalam lift dan sebagainya.
Rasulullah SAW dalam sebuah hadis panjang menjelaskan definisi sedekah. Sedekah bukan hanya menyumbangkan derma, tetapi ia termasuk amalan lain seperti amar makruf nahi mungkar, membuang halangan di jalanan, menunjukkan jalan bagi mereka yang sesat, membantu seseorang menaiki tunggangannya dan juga memberi senyuman kepada orang yang lain.
Saya bukan nak menulis panjang mengenai faedah senyuman, cuma saya sering memikirkan persoalan, mengapakah ada individu yang susah sangat melemparkan senyuman apabila berjumpa dengan orang lain.
Orang kata, apa yang di luar menampakkan apa yang ada di dalam. Ertinya, luaran fizikal kita jika baik, membayangkan apa yang ada di dalam hati kita. Begitu juga dengan amalan yang dizahirkan oleh anggota badan kita.
Kalau melihat seseorang itu senyum apabila berselisih dengan kita, ia memberi isyarat bahawa kehadiran kita disenangi dan juga orang itu berada dalam keadaan baik dan gembira.
Sebaliknya, jika kita melihat seseorang itu menarik muka masam, akan timbul persoalan dalam diri kita, adakah kita melakukan kesalahan, adakah kehadiran kita tidak disenangi, atau adakah orang itu sedang dalam kesusahan?
Mesej-mesej negatif ini akan muncul dengan sendirinya. Dengan mengambil sikap berlapang dada, seharusnya kita menilai perkara ini dalam sudut positif dengan membuang jauh sangkaan-sangkaan buruk terhadap orang itu.
Kita memberikan 1,001 alasan untuknya bermasam muka. Mungkin kerana dalam kesusahan, kesakitan, ditimpa masalah dan sebagainya. Mungkin juga mereka tidak pernah membaca dan mendengar hadis kelebihan senyuman di atas.
P/S: Sebarkan senyuman walau di mana jua anda berada.
Abu Nizar
loading...

No comments

Powered by Blogger.