Pernah Tertinggal Puasa Beberapa Tahun Lalu? Ini Cara Menggantikan (Qhada') Puasa.Mesti Ambil Tahu Dan Sebarkan Kepada Semua...
Puasa Qadha adalah menggantikan puasa wajib yang telah ditinggalkan sama ada disengajakan mahupun tidak tanpa keuzuran. Puasa yang ditinggalkan wajib digantikan sebanyak hari yang ditinggalkan.
Allah SWT. dalam firman-Nya: “…Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari yang lain…” (Surah al-Baqarah, ayat 184).
Puasa ganti wajib dilakukan sekiranya seseorang itu membatalkan puasa Ramadhan, sama ada dengan sengaja ataupun tak sengaja. Namun, ada beberapa keadaan yang tidak mewajibkan untuk qadha puasa seperti orang yang baru masuk Islam, maka tak wajib mengganti puasa yang ditinggalkan semasa beliau masih kafir.. begitu juga seorang yang baru akil baligh, maka tak wajib mengganti puasa yang ditinggalkan masa belum baligh dsb.
Wajib menyegerakan puasa qadha yang ditinggalkan tanpa uzur dan haram melakukan puasa sunat termasuk puasa enam, selagi belum diqadha puasa yang ditinggalkan.
Puasa qadha boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari diharamkan berpuasa. Ia wajib disegerakan sebelum masuk Ramadhan yang baru. Jika qadha puasa hendak dikerjakan pada Syawal ia boleh dilakukan selepas 1 Syawal (Hari Raya Aidil Fitri).
.
Ibadat wajib jika ditinggalkan wajar diqadhakan segera sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri terhadap Allah. Sunat menyegerakan qadha puasa secara berturut-turut. Puasa qadha ini hendaklah dilakukan mengikut rukun dan syarat-syarat sebagaimana puasa biasa.
VIDEO KETERANGAN:
Wajib Qadha Puasa Sahaja
Orang yang meninggalkan puasa wajib dan mesti mengqadhakan puasanya sahaja ialah:
- Terlupa berniat.
- Sakit yang membahayakan.
- Pitam, pengsan, gila atau mabuk.
- Perempuan yang datang haid atau nifas.
- Sengaja berbuka atau jimak (bagi isteri saja).
- Ibu mengandung yang bimbangkan kesihatan dirinya.
- Menyusukan anak dan bimbang menjejaskan kesihatan sendiri.
- Orang yang berkerja berat sepanjang bulan puasa.
- Tersangat lapar dan dahaga yang membahayakan.
- Orang yang kembali dari bermusafir.
- Murtad.
.
Seseorang yang uzur syarie berterusan, seperti masih musafir atau sakitnya berterusan hingga tiada ruang mengqadhakan puasanya, diharuskan melewat qadha atas bilangan hari yang ditinggalkan sehingga ia sihat dan tenang serta tidak wajib membayar fidyah sekalipun telah melangkau beberapa Ramadhan.
.
Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui.” (Surah Al-Baqarah Ayat 184)
Waktu Berniat Puasa Qadha
Waktu berniat puasa ganti ini adalah sama dengan waktu puasa Ramadhan iaitu pada waktu malam dan berakhir ketika masuk Subuh. Kalau berniat selepas Subuh, maka tidak sah puasa ganti itu. Keadaannya sama macam puasa Ramadhan.. cuma bezanya, kalau berjimak waktu puasa ganti tu, tidaklah dikenakan kifarah.
.
.
NIAT PUASA QADA
Niat merupakan keinginan untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berkeinginan melakukan qadha puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat.
Niat puasa ganti adalah lintasan hati nak berpuasa qadha esok hari kerana Allah Taala. Maka termasuk di situ sunat bersahur, sama macam puasa Ramadhan.. bezanya cuma pada niat.
Niat itu tidak semestinya menuntut kepada satu lafaz yang khusus, namun bagi meyakinkan diri dan memantapkan niat bolehlah dibaca lafaz niat menggantikan puasa di bawah.
.
.
LEWAT QADA
1. Sekiranya terlewat mengqadha puasa Ramadan, tanpa uzur syarie hingga tiba bulan Ramadhan tahun yang berikutnya, maka;
a. Wajib mengqadha puasa mengikut bilangan hari yang tertinggal.
b. Dan wajib membayar fidyah berupa secupak makanan asasi bagi satu hari
puasa yang ditinggalkan.
.
2. Jika terlewat sehingga memasuki dua kali Ramadhan maka dendanya ditambah secupak lagi menjadikan dua cupak (2 fidyah) untuk 1 hari yang ditinggalkan, jika memasuki Ramadhan ketiga, menjadi 3 cupak dendanya dan begitulah untuk tahun-tahun seterusnya, di samping wajib mengqada puasa mengikut bilangan hari yang tertinggal sahaja.
.
3. Sekiranya berasa ragu-ragu dengan bilangan puasa yang ditinggalkan, kiralah pada bilangan yang maksima kerana dalam beramal biarlah kita berbuat lebih. Jangan lakukan cukup makan saja, sebab setiap amalan yang kita laksanakan semuanya mendatangkan kebaikan dan manfaat.
.
.
QADHA PUASA WAJIB DAN SUNAT SERENTAK
Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat diperolehi juga dengan niat seseorang yang berpuasa qadha atau berpuasa nazar. Seseorang yang melakukan sesuatu yang wajib pada waktu yang disunatkan, maka dengan sendirinya melayakkan seseorang itu mendapat pahala sunat.
.
1. Puasa Qadha Dan Puasa 6
Melakukan puasa qadha yang hukumnya wajib boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum sampai Ramadhan tahun akan datang. Jika dilakukan dalam Syawal yang kebetulan ada fadilatnya, Allah SWT. akan memberikan lebih ganjaran kepadanya kerana mengambil fadilat dalam bulan berkenaan yang disunatkan berpuasa.
Bagi mereka yang diharuskan meninggalkan puasa Ramadhan kerana masalah keuzuran, sunat mengerjakan puasa enam walaupun masih mempunyai qadha. Keuzuran dibenarkan oleh syarak adalah seperti:
- Orang dalam perjalanan (musafir)
- Orang sakit
- Perempuan yang nifas
- Perempuan yang haid
.
Saidatina Aisyah berkata: “Dulu kami haid pada zaman Rasulullah SAW. Maka, kami diperintahkan mengqada puasa dan tidak diperintahkan mengqadha solat.”
Wanita yang kedatangan haid pada bulan Ramadhan, boleh mengqadhakan puasa di samping mendapat pahala puasa sunat enam Syawal. Caranya ialah dengan berniat bagi kedua-duanya iaitu puasa qada dan sunat dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran serentak (iaitu ganjaran puasa qadha dan sunat).
Orang yang luput keseluruhan puasa Ramadhan selama sebulan kerana keuzuran yang diharuskan oleh syarak, jika dia mengerjakan puasa qadha pada Syawal, disunatkan (mustahab) ke atasnya mengqadha puasa enam itu dalam Zulkaedah.
Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja atau tanpa keuzuran, mereka diharam mengerjakan puasa enam pada Syawal kerana mereka diwajibkan menyegerakan qadha terlebih dahulu.
.
.
2. Qadha Serentak
Mereka yang ketinggalan puasa Ramadhan kerana keuzuran yang dibenarkan syarak, harus mengqadha puasa Ramadhan serentak dengan puasa enam pada Syawal, namun begitu adalah lebih utama mengqadha dahulu sebelum melakukan puasa sunat.
.
Bagi keuzuran yang dibenarkan syarak, orang itu boleh melakukan qadha puasa Ramadhan sekali gus dengan puasa enam dalam bulan Syawal. Hal ini sama seperti orang yang berniat puasa wajib sama ada puasa qadha atau puasa nazar atau puasa kifarah, pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari Arafah atau pada hari Isnin dan Khamis atau hari ‘Asyura dan puasa sunat lain seumpamanya.
.
Dalam menunaikan puasa itu, jika dia berniat kedua-duanya sekali iaitu puasa qadha dan sunat seperti puasa hari Arafah atau puasa lain, maka dia akan mendapat ganjaran bagi puasa sunat dan wajib itu. Tetapi jika dia berniat hanya bagi puasa sunat atau puasa wajib, maka dia hanya akan mendapat pahala bagi puasa yang diniat itu sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan antara puasa wajib dan puasa sunat itu.
.
Ibnu Hajar Al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib, katanya: “Jika diniatkan kedua-duanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.”
.
Walaupun menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya, ganjarannya tidaklah menyamai ganjaran pahala seperti yang disebut dalam hadis di atas.
.
Bagaimanapun, sikap menyegerakan qadha puasa itu sikap terpuji dan dituntut oleh syarak. Ini kerana ganjaran dan pahala ibadat itu hanya Allah yang menilai dan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka.
loading...
Post a Comment