Header Ads

Ajarkan Pada Anak-Anak 10 Adab Ziarah Kematian Pada Zaman Sekarang. Jangan Sampai Ada Lagi Selfie Dengan Si Mati...

Setiap seorang susur galur keturunan Adam akan mengalami kematian, dimana tamatnya satu fasa di alam dunia dan bermulanya satu fasa di alam lain. Kematian berlaku tidak kira sama ada kita sihat atau sakit, muda atau tua. Bila sampai masa Allah mengambil semula apa yang di pinjamkan pada kita maka di saat itu tertutup sudah lah pintu taubat untuk kita.

Kematian ialah peringatan bagi mereka yang masih hidup. Jadi sebagai orang yang lebih berusia dari anak-anak remaja adalah tanggungjawap kita untuk berkongsi adab-adab ziarah kematian pada zaman sekarang yang mungkin mereka tidak pernah ketahui. 

1. Apabila sampai sebelum jenazah disolati, sebaiknya bagi lelaki segera berwuduk untuk solat jenazah.

2. Selesai solat, bantulah ahli keluarga membawa keluar jenazah dari tempat solat untuk dibawa masuk ke dalam van jenazah.

3. Selepas itu, jangan terus pulang. Andai masih ada masa, hantarlah jenazah ke tanah perkuburan. Selain memberi sokongan kepada keluarga si mati. Kita mendapat ganjaran dua qirat iaitu ganjaran sebesar dua buah gunung.

4. Di kawasan perkuburan, janganlah bercakap-cakap dengan rancak. Henfon mesti ‘silent’. Nanti keluar ringtone lagu k-pop di kubur.

5. Sewaktu orang ramai sedang mencangkul tanah untuk dimasukkan ke dalam liang, hulurkan bantuan. Bagi yang jarang mencangkul dan menyodok, memang semput. Pemuda yang masih gagah, atau remaja belasan tahun, jangan takut hulurkan tangan membantu orang lebih berusia. Tujuannya supaya mempercepatkan lagi proses pengebumian.

6. Jangan sesekali selfie dengan sesiapa atau seorang diri ketika ziarah kematian. Tidak perlu bergambar beramai-ramai dengan keluarga si mati. Kita bukan datang beraya. Tambahan pula kita keluarkan monopod segala bagai. Lagi nampak bangang.

7. Jangan tanya banyak soalan kepada keluarga si mati. Jangan tanya soalan hal urusan yang tidak ada kaitan kematian itu. Jangan ditanya,

“Dengar kata mahu beli kereta baru minggu lepas,” “Anak sulung bila daftar universiti? Bidang apa?” dan sebagainya.

8. Parking kereta di tempat yang sesuai. Andai dalam kawasan rumah orang, minta izin daripada tuan rumah.

9. Pakai pakaian biasa atau yang sudah lama. Jangan pakai baju baru macam hari raya. Tidak ada ketetapan pakai pakaian satu warna atau warna putih atau warna hitam. Cukuplah dengan pakaian biasa.

10. Bagi wanita, tidak perlulah bersolek macam mahu buat photoshoot. Siap blusher, eye shadow, gincu merah menyala. Benda begini boleh faham sendiri.
loading...

No comments

Powered by Blogger.