BALIK RAYA LAMBAT. PASTU DOK JADI MACAM RAJA. KO INGAT MAK PAK KORANG TU MUDA LAGI KA !!!
Nak berleter sikit. Bagi aku, hari raya bukanlah hari yang menyeronokkan sangat. Ia merupakan hari yang penuh pengorbanan. Pengorbanan apa? Pengorbanan dari segi duit, masa dan tenaga.
1. DUIT
Kau bayangkan, orang kampung manalah ada duit sangat nak beli daging, beras pulut banyak-banyak untuk jamu anak-anak kau yang gemuk gedempol, yang tengah remaja, yang kuat melantak tiga empat pinggan. Hulur-hulurlah sikit, ingat duit abang jibby kasi ke?
Kau dahlah pulang lambat. Malam raya baru nampak batang hidung di kampung. Jadi, mak bapak kau yang tua ini terpaksalah korek duit pencen atau duit hasil toreh getah untuk beli daging, beras pulut, mentega bagai nak buat kuih. Kau? Kau cuma tahu call, kemudian order macam-macam.
Dari kau kecil sampai ada lima orang anak besar-besar gemuk pula tu, kau masih buat mak kau macam Hamba Abdi? Kau sepatutnya hulur duit, bukan RM2.6 bilion pun, sikit pun jadilah. Kalau dah 10 adik beradik, kan dah pokai mak bapak kau.
2. TENAGA
Yang paling penat bagi aku adalah keluarga kau di kampung. Seminggu sebelum raya, mereka berlelah penat mencuci rumah. Sakit pinggang memang tak terkatalah. Buat kuih 20 jenis untuk cucu melantak. Tak cukup rendang daging, serunding ikan pun kau order. Tak cukup ketupat, lemang pun keluarga kau buatkan. Semua itu sebab sayang anak jauh yang paling tak guna sebab tak ada rasa kasihan pada mak bapak.
Dah sampai kampung malam raya, boleh pula duduk rileks. Kau pergilah tolong, ajak isteri tolong sama. Kalau kah kahwin bayar hantar mahal-mahal, kalau setakat nak hadap muka lawa dia tetapi tak reti memasak. Potong bawang pun kekok. Kau adalah suami yang paling loser di dalam dunia.
Kalau isteri kau bagi alasan ada anak kecil, kau pergilah jaga anak kau. Biar isteri kau tolong mak mertua di dapur. Kau ingat mak kau muda lagi selepas jambang kau keluar macam hutan Amazon? Tulang diorang dah rapuh bhai, zalim bagi mak bapak siapkan makanan pada anak menantu. Anak menantu balik kampung, duduk depan televisyen, hadap TV 24 jam. Perangai menantu perempuan lahabau saja macam ini.
Kalau korang masih nampak kakak ipar duai korang dok tungu 24 jam anak dia yang merangkak sampai boleh berdiri, korang sepak saja laju-laju. Dah anak tak boleh berjalan, kau bagi saja pada suami kau, suruh dia jaga. Pandai pancut, pandai belalah.
Kau tu masuk dapur belajar memasak kalau tak reti memasak. Bila kau tak pandai memasak, kau ingat keturunan kau selepas ini nak belajar memasak ke? Kau nak biak keturunan kaki gajet ke? Hadap Instagram, Facebook, Twitter 24 jam. Chat balak sana sini. Padanlah balak pun dapat makwe macam kau. Dua-dua pemalas nak buat kerja rumah. Bab makan bukan main laju, kalah binatang hidung pink.
Dahlah, aku penat berleter. Sebelum aku dikecam dengan alasan korang yang tak pernah habis setiap tahun, aku selalu kata depan. Hasilnya ada ahli keluarga aku yang tak balik raya sebab kecil hati. Lantak kau nak balik ke tak, duit aku jimat, bil elektrik dan air pun jimat. Dahlah tak jaga mak bapak, balik setahun sekali nak jadi raja pula. Kang tak pasal-pasal makan kaki aku nanti.
Korang apa tahu? Duduk jauh-jauh balik setahun sekali. Selak tudung saji, komen sana sini, yang ini sedap, yang ini tak sedap. Sekupang pun tak keluar. Menghabiskan makanan, adalah. Lepas itu, cukup masa kau ucap maaf zahir dan batin, kemudian blah. Kampung ibarat hotel kau saja.
Kampung bukan hotel, sepatutnya kita balik awal tolong siapkan apa yang patut sebelum hari raya. Mak bapak kita itulah king dan queen yang sebenarnya. Bukannya isteri kau yang kaki melaram dengan baju raya 10 pasang.
Ada anak 10 orang, bahagikanlah tugas. Keluar duit seorang sikit, kongsi tenaga buat kerja. Barulah nikmat itu rasa dengan penuh kepuasan setelah penat bersama-sama. Kalau kau selfish, orang maki belakang tahu.
Dah, aku nak sepak siapa yang minta password WiFI tahun ini. Kau balik tu, cubalah berborak dengan sepupu sepapat kau. Bukan menghadap Instagram yang penuh gambar minah balut shawl sana sini tapi tak reti memasak. Alasan dunia sekarang dah moden, boleh beli di luar. Alasan kepala bana kau.
KREDIT IIUM via amazingnura.
loading...
Post a Comment