Header Ads

Meluah Itu Fitrah Wanita, Tapi Jangan Sampai Suami Rasa Macam Ini...

Tak berkenan perangai suami sikit, terus tepek di media sosial. Tak sebulu dengan keluarga mentua, terus meluah di group Whatsapp. Eh, betul ke cara itu yang patut kaum wanita guna?

Apa pandangan orang dan betul ke masalah yang anda lalui itu akan selesai? Sebenarnya anda boleh dapat jawapannya dalam perkongsian daripada saudari El Ameerah ini dan harap boleh muhasabah diri...

Tempoh 1-5 tahun pertama marriage adalah yang paling mencabar. Saya rasa ini adalah tempoh adaptation. As woman, kita kadang-kadang tersasar dalam mengawal emosi, kata-kata dan perbuatan.

Dalam tempoh ini juga kita rasa macam-macam dugaan datang. Macam-macam benda yang suami tak faham tentang kita. Macam-macam benda yang kita tak suka tapi suami buat.

Nak lalui fasa mecabar ini tak mudah langsung. Kuncinya adalah suami sentiasa layak dihormati sekalipun beliau memang terang-terang salah.

Dalam keadaan dua-dua tengah emosi, tengah serabut, marah towards each other, saya cadangkan isteri-isteri cool down dengan cara mengadu pada Allah.

Mengadu itu ialah macam cakap dengan bff kita. Kita cerita pada Allah a-z. Sambil bercucuran air mata. Apa yang berlaku, apa yang kita rasa, apa expectation kita. Kalau ada soalan-soalan, tanya pada Allah. Borak dengan Allah adalah borak yang paling berkesan untuk menyembuhkan hati yang terluka.

Setiap kali kita luah pada Allah, anda akan rasa satu kekuatan yang sangat luar biasa.

Curahan hati pada Allah adalah cara untuk menghormati suami yang paling utama untuk dilakukan. Kerana fitrah wanita adalah nak meluah, nak kongsi, nak lepaskan apa terbuku dalam hati.

Kalau kita tak luah pada Allah, kita akan mula luah pada jalan yang salah. Sebab itu kita tengok ramai isteri-isteri suka cerita pasal salah laku suami di whatsapp group, dengan kawan-kawan sepejabat, share di facebook, luah di page-page rumah tangga.

Akhirnya, kita akan sedar bahawa tiada sorang pun manusia yang dengar masalah kita itu dapat tolong ubah suami kita.

Kerana yang mengubah suami kita adalah Allah. Jadi selayaknya kita mengadu pada Allah semata-mata.

Kita mengadu pada Allah, suami akan rasa tenang dan cuba untuk berubah. Paling magic, suami akan akui kesalahan dan mintak maaf.

Kalau mengadu pada orang sekeliling, suami pasti marah sebab rasa diaibkan, rasa dikhianati dan makin menjauh.

Jadi, pilihan di tangan kita. Nak hormat suami, elak buka aib suami. Suami tak suka. Allah pun tak suka.
loading...

No comments

Powered by Blogger.