Header Ads

Lauren Booth: Jika ini Islam, Saya Ingin Menjadi Muslim!

ISLAM telah mengatur segalanya dengan sempurna, termasuk adab memuliakan tamu. Seoranng mualaf ini tersihir dengan ajaran Islam begitu sempurna.

Wartawan cantik bernama Lauren Booth, dia pergi ke Gaza untuk membuat liputan keadaan di Palestin. Setelah melalui berbagai pemeriksaan oleh pasukan Israel, sampai juga dia di sebuah perkampungan Palestin.

Dia mengetuk pintu salah satu rumah warga tempatan. Lalu pintu pun terbuka, seorang ibu keluar dengan wajah berseri-seri.

“Assalamu’alaikum, tafaddhal (silakan masuk),” ucap si ibu dengan penuh kehangatan. “Wajahnya berseri, matanya bersinar, dia mempersilakan saya masuk ke rumahnya seperti mempersilakan saya masuk ke istana Taj Mahal. Seakan-akan rumahnya adalah tempat terindah di dunia,” ucap Lauren yang menceritakan kembali saat-saat itu.

Lauren memperhatikan rumah si ibu dengan begitu teliti, Hanya dinding, atap, dan dua tikar terhampar. Satu tikar untuk tidur dan solat, satu tikar untuk hidangan makanan. Tidak ada apa-apa selain itu. Almari,kerusi,apatah lagi televisyen tidak ada.

Tapi ungkapan wajah dan bahasa tubuhnya seperti orang yang sangat berbahagia, Lauren tak habis berfikir.

Mereka pun duduk di tikar. Dan ibu tersebut menghidangkan makanan, yang hanya terdiri dari roti, rempah, dan lada. Melihat ‘menu prihatin’ itu, Lauren berulang-ulang menolak tawaran makanan itu, bukan tidak suka, tapi bagaimana mungkin dia memakan makanan orang miskin? Yang makanannya pun sangat terbatas? Hanya makanan itulah yang ibu itu ada.

Tapi ibu tersebut terus menghulurkan makanan.

“Anda adalah tamu kami,” katanya. Akhirnya, untuk sekadar menghargai, dia memakan satu roti sambil mengajak makan bersama.

“Mari makan bersama,” ucapnya. Akan tetapi si Ibu menolak kerana sedang puasa. Lauren merasa marah kepada ibu tersebut, “Sudah prihatin, ada makanan, akan tetapi menahan makan,” dia bercakap dalam hati dengan penuh kesal.

“Saya marah kepada Islam, yang mengharuskan orang berlapar-lapar selama 30 hari. Saya marah kepada Qur’an, yang mewajibkan ibu ini menahan lapar dan dahaga, padahal mereka sangat memerlukan makan-minum, dan makanan serta minuman itu ada,” sambung Lauren kembali.

“Saya merasa marah. Maka saya pun bertanya pada ibu itu, mengapa ibu puasa? Untuk apa?,” tanya Lauren.

“Kami berpuasa sebagai rasa syukur kami kepada Allah, kerana boleh merasakan apa yang dialami saudara-saudara kami yang miskin,” jawab ibu dengan wajah yang begitu ramah.

Mendengar jawaban itu, Lauren tak kuasa membendung air mata. “Ibu ini tak punya apa-apa di dunia. Dia masih bersyukur dan berkongsi rasa dengan orang yang lebih malang darinya,” ungkap Lauren.

Saat itu juga saya berkata dalam hati ”Jika ini Islam, saya ingin jadi Muslim,”.

Tahun 2010, Lauren muncul di saluran TV Islam dalam acara Global Peace and Unity, mengenakan busana Muslimah, dan berkata: “My name is Lauren Booth, and I am a Muslim.”
loading...

No comments

Powered by Blogger.