Header Ads

Mak Benci Kak Ipar Sebab Tak Sama Taraf. Apa Yg Mak Buat Pada Kak Ipar Memang SEDIH !!!

Aku nak cerita tentang kisah hidup abang aku. Tak sangka kisah Cinderella moden berlaku dalam keluarga aku. Abang long aku dah kahwin dan keluarga aku alhamdulillah boleh dikatakan hidup senang.
Kami ini keturunan Syed dan Sharifah. Dan atas alasan keturunanlah mak aku tak boleh terima kakak ipar iaitu isteri abang long.
Mak aku menentang keras semasa abang long suarakan hasrat nak menikah dengan kakak ipar. Mak aku kata kalau nak menikah juga boleh, tapi cari yang sama taraf sebab malu kalau sedara mara tahu kahwin dengan orang-orang biasa saja.
Menurutnya lagi, abang long cuba juga untuk memujuk ibunya namun ia tidak berhasil kerana si ibu tetap tidak mengizinkan. Lalu abangnya memutuskan hubungan dengan wanita tersebut.
Pun begitu selepas empat tahun berlalu, abangnya masih tidak bernikah dan tidak mempunyai mana-mana kekasih. Akhirnya, siibu terpaksa akur untuk menerima wanita yang dicintai abangnya sebagai menantu.
Mak aku cakap tak apalah kalau abang long nak menikah juga dengan budak kampung tu. Menikahlah. Tapi kena duduk sekali kepas kahwin.
Semuanya nampak indah pada mulanya sehinggalah abang long terpaksa bekerja on call kerana dia seorang doktor. Pada ketika itu mereka baru sahaja berkahwin selama tiga minggu.
Aku tengah tengok TV. Sekali aku dengar mak aku bising-bising ketuk pintu bilik abang aku. Logiklah masa tu dah nak tidurkan, memanglah kakak ipar sudah masuk bilik lepas dia kemas-kemas dapur.
Ibunya dalam nada marah membentak,
Kau ingat kau tuan puteri dalam rumah aku nak senang lena? Kau pergi kemas dekat luar, lap perabot semua.
Menyedari apa yang sedang berlaku, dia terus mendapatkan ibu dan kakak iparnya untuk cuba menenangkan keadaan. Apabila dia cuba mempertahankan kakak iparnya, dia pula dimarahi si ibu.
Lepas itu, aku terus telefon abang cakap kakak ipar kena buat kerja waktu malam-malam macam ini. Abang aku terus emergency balik rumah, tapi masa abang aku sampai, mak aku terus suruh kakak ipar masuk bilik. Jangan keluar.
Mak aku cakap, dia saja minta tolong kakak ipar kemas-kemas rumah. Bukan berat pun setakat lap-lap perabot dan sapu-sapu debu.
Walaupun telah diberi nasihat kepada abang long dan isteri, kakak iparnya tetap tidak mahu berpindah kerana takut ibu mertua akan lebih membencinya. Malah ibunya terlalu bencikan si kakak ipar sehingga dia tidak mahu cucu daripada perempuan itu.
Masa kakak ipar hamil, mak paksa kakak ipar buat kerja rumah dari mop lantai, jemur baju dan memasak. Apatah lagi masa itu dia alahan, kemuncaknya kakak ipar keguguran.
Disebabkan hal itu, abangnya mengambil keputusan untuk terus berpindah dari rumah tersebut. Mereka juga kini sudah lima tahun tinggal berasingan dari si ibu.
Malah dia sendiri juga pernah mendengar kata-kata kejam dari mulut ibunya kepada kakak ipar,
Aku takkan bagi kau mengandung anak Fikri. Kau tak layak dengan anak aku.
Walaupun begitu, dia yakin ibunya tidaklah sejahat yang disangka. Kemungkinan ibunya bersikap begitu hanya kerana ingin menjaga status dan darjatnya. Sungguhpun sehingga kini kakak ipar cuba untuk berbuat baik terhadap ibunya, wanita itu tetap tidak dilayan.
Kalau abang long datang, mak beriya-iya borak dengan abang saja dan main-main dengan anak abang long. Tapi dengan kakak ipar mak pandang pun tak nak.
Dia juga dari awal lagi sudah diingatkan untuk memilih pasangan yang setaraf kerana takut memilih orang biasa. Malah ibunya juga sudah memperkenalkannya dengan anak kepada kawan ibunya yang setaraf dengan status mereka.
Kini, dia hanya mampu berdoa semoga ibunya berubah dan berbaik dengan kakak iparnya nanti.
Sabarlah kak, InsyaAllah semoga satu hari mak akan terbuka hati menerima kakak.
Kadang-kadang tak faham dengan mereka yang pentingkan sangat darjat ni. Tak bawa ke mana-mana. Semoga mereka yang mengalami masalah ini bertemu dengan jalan penyelesaian yang sebaiknya.
Sumber : Facebook Kisah Rumah Tangga
loading...

No comments

Powered by Blogger.