Jangan Keliru, Inilah Sunnah Malam Jumaat Yang Sebenarnya !!
Ramai di luar sana yang mungkin salah mengertikan amalan malam jumaat itu sendiri. Padahal sunnah malam jumaat tidak langsung berkaitan dengan “kegiatan tertentu" seperti apa yang banyak orang fikirkan.
Adapun di dalam hadis sendiri terkait amalan sunnah di hari jumaat adalah dengan melakukan mandi sunnah sebelum solat jumaat. boleh jadi hadis tersebut dihubung-hubungkan dengan “kegiatan tersebut" pada malam jumaat.
Jadi mungkin boleh saya tegaskan lagi bahawa tidak ada dasar dalil baik Quran ataupun Hadis mengenai hal tersebut.
Jadi Apa Amalan sunnah Malam jumaat yang Sebenarnya ?
Yang pasti dalil perihal amalan sunnah malam jumaat yang jelas-jelas ada adalah membaca Surat Al-Kahfi. Terkait dalil tentang sunnah membaca Al-Kahfi di malam jumaat juga merupakan dalil dhoif atau lemah.
Dari Sa’id al-Khudriy ia berkata, Rasulullah Saw bersabda:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ.
“Barangsiapa membaca surat Al Kahfi pada malam Jum’at, maka ia akan mendapat cahaya antara dirinya dan rumah yang mulia (Mekkah)" (HR. Ad Darimi).
Di samping kita di sunnahkan untuk membaca surat AL-Kahfi di hari jumaat, amalan-amalan lainnya yang boleh kita lakukan adalah dengan memperbanyak selawat kepada Nabi Muhammad SAW.
“Perbanyaklah selawat untukku pada hari jumaat dan malam jumaat, kerana barangsiapa yang berselawat untukku dengan satu selawat, niscaya Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali" (HR. Baihaqi).
Sebenarnya hanya ada dua amalan tersebut yang boleh kita sebut sebagai sunnah malam jumaat. Bukan seperti apa yang di fikirkan oleh orang ramai. Sementara yang lainnya adalah palsu, lemah dan bahkan tidak memiliki sumber yang jelas.
Jadi memang dalam masalah beribadah kita tidak boleh sembarangan ataupun mengarang-ngarang, namun semua itu harus bersumber pada Al-Quran dan Hadis. Termasuk seperti apa yang dicontohkan oleh Rasulullah dan para sahabatnya. Apabila tidak, maka kemungkinan amalan yang kita lakukan tanpa dasar tersebut di tolak atau tidak di terima oleh Allah SWT.
Pada dasarnya Islam itu mudah, hanya saja terkadang kitalah yang membuatnya susah dengan menambah-nambah amalan tertentu yang tidak di syariatkan.
Sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah SWT:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا
“ … Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agama-mu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agama bagimu …" [QS. Al-Maa’idah: 3].
Menurut Tafsir Ibnu Katsir:
“(Ayat) ini merupakan nikmat Allah Azza wa Jalla terbesar yang diberikan kepada umat ini (umat Islam), tatkala Allah menyempurnakan agama mereka. Sehingga, mereka tidak memerlukan agama lain dan tidak pula Nabi lain selain Nabi mereka, yaitu Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Oleh kerana itu, Allah Azza wa Jalla menjadikan beliau sebagai penutup para Nabi dan mengutusnya kepada seluruh manusia dan jin. Sehingga, tidak ada yang halal kecuali yang beliau halalkan, tidak ada yang haram kecuali yang diharamkannya, dan tidak ada agama kecuali yang disyari’atkannya. Semua yang dikabarkannya adalah haq, benar, dan tidak ada kebohongan, serta tidak ada pertentangan sama sekali.”
Apabila kita berpaku pada ayat di atas, maka jika kita menambah-nambahi sesuatu boleh dikatakan kita menyelisihi ayat di atas. kerana Allah SWT saja menyatakan bahwa Islam itu agama yang lengkap dan sempurna. Lalu kenapa masih di tambah-tambahi dengan sesuatu yang tidak di syariatkan? Wallahu a’lam.
loading...
Post a Comment