Tak Dapat Berperang Dan Mengembara Untuk Sebarkan Agama ALLAH, Agong Buat Perkara Ini Untuk Penuhi Tuntutan Sebagai PEMIMPIN… ALLAHUAKBAR!!!
Di akhirat kelak, orang yang paling banyak akan disoal oleh ALLAH ialah PEMIMPIN. Tanggungjawab yang digalas seorang PEMIMPIN ni sangat berat sebabtu bukan calang-calang orag boleh jadi memimpin. Kalau zaman dulu sahabat nabi pergi berperang, mengembara nak sebar ISLAM zaman sekarang dah lain, anda tengok sendiri apa Agong buat untuk penuhi tuntutan agama kita ni
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memberi kenderaan pacuan empat roda yang pernah digunanya untuk aktiviti lasak bagi kegunaan dakwah untuk mengembangkan ajaran agama Islam di perkampungan Orang Asli.
Penolong Pegawai Dakwah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Ahmad Nordin, berkata, kebenaran menggunakan kenderaan itu menunjukkan keprihatinan baginda ke atas tugas-tugas dakwah.
Beliau berkata, kenderaan tersebut memang digunakan sepanjang masa bagi menjelajah ke perkampungan Orang Asli di pedalaman Hulu Kelantan untuk mengajar agama Islam kepada golongan berkenaan.
“Saya pada mulanya agak terkejut juga apabila Tuanku panggil pada tahun 2008 dan rasa amat bersyukur sebaik menemuinya diarahkan menggunakan kenderaan pacuan empat roda itu bagi tugas-tugas dakwah.
“Memang saya mengakui perjalanan di setiap perkampungan Orang Asli amat mencabar untuk masalah jalan rosak teruk dan Alhamdulillah setelah menerima kenderaan pacuan empat roda itu semuanya berjalan dengan baik,” katanya ketika ditemui di Pusat Latihan Dakwah Orag Asli di Lojing, kelmarin.
Menurut Ahmad, baginda sultan juga sentiasa bertanya khabar mengenai tugasnya menjalankan aktiviti dakwah itu kerana tidak mahu segala aktiviti berkenaan terbantut.
“Saya tetap dengan tugas yang diamanahkan hingga sekarang ini semakin ramai Orang Asli memeluk agama Islam dan datang belajar di Pusat Latihan Dakwah itu,” katanya.
Katanya, beliau memuji dengan sikap keterbukaan baginda Sultan yang mengambil berat mengenai perkembangan dakwah membabitkan golongan Orang Asli di kawasan Hulu Kelantan ini.
Malah, kata beliau, penggunaan kenderaan itu juga lebih suka dilihat berselut bagi menunjukkan kerja dakwah sentiasa berjalan, tetapi tidak akan dibiarkan begitu sahaja kerana selalu dibersihkan.
“Saya jaga kenderaan baginda sultan itu supaya sentiasa dalam keadaan baik dan mengharapkan ia dapat digunakan sepanjang masa walaupun dalam keadaan musim tengkujuh sekarang,”
Sumber: Dialog Rakyat
loading...
Post a Comment