Header Ads

Pukul 4 Pagi Tiba2 Terjaga Suami TERKEJUT Bila Terdengar Doa Isteri Ketika Solat

Saya ni jenis tak solat. Tp sbb sy pandai ckp psl agama, dapat juga sy kahwin dengan seorang ustazah. Bila dh kahwin, tampak isteri mmg menyesal tp dia selalu bersabar. Walau dh kahwin sy x berubah pun. Satu malam dlm kol 4 pagi sy tiba2 terjaga. Ingatkan bunyi apa tapi rupa2nya isteri sedang menangis dlm solat. Sy dengar doa dia. Ada ke patut dia doakan sy……….
Di KK ini banyak perkara saya belajar. Semua orang baik-baik. Rasanya setiap kali berada disini terasa sebak melihat ramai orang diberi hidayah oleh Allah..Kasih sayang Allah dilimpahkan kepada hambanya.
Seorang lelaki menyapa saya dalam satu perjalanan. Ustaz saya terharu jumpa ustaz. Boleh kita bergambar. Ustaz selalu buat saya menangis. Jika isteri saya tengok gambar saya dengan ustaz mesti dia menangis terus.
Dia mula bercerita. Saya berkahwin dengan seorang wanita berpurdah dan belajar agama. Dibesarkan dengan keluarga sangat baik. Dari kecil keluarganya orang baik dan kuat buat dakwah..
Tapi saya ni sangat teruk. Saya tak pernah solat. Dia terima saya sebab saya masa berkenalan saya banyak cakap agama tapi tak solat pun..Solat jumaat pun tidak. Isteri saya selalu nasihatkan saya. Tapi saya marah dan dia jadi sangat takut saya pernah pecahkan hpnya..saya pernah pecahkan pintu rumah kerana dia nak ajak saya buat baik. Tapi saya tak pukul dia.
Saya dikurniakan seorang anak. Saya sangat garang dan sangat jahat. Walaupun baik pada isteri saya. Macam-macam kejahatan saya buat..
Tapi isteri saya tak berhenti berdoa dan menangis buat saya. Kadang-kadang saya terjaga pukul 4 pagi terdengar isteri saya solat dan bunyi sayu-sayu sedang tersedu dan menangis. Kadang-kadang saya suruh dia perlahan sikit abang nak tidur ni hampir setiap sebelum Subuh dia dah bangun solat dan mengaji.
Sehinggalah satu hari ada orang datang rumah ziarah. Orang dakwah. Macam biasa saya memang tak pernah layan. Saya akan buat tak tahu dan kata sibuk..
Hari tu saya tak dapat lari.
.saya dengar mereka nasihat di depan pintu rumah dalam keadaan terpaksa. Saya tak dengar kata mereka. Cuma saya tengok gelagat mereka. Lucu gayanya. Kenapalah kain atas buku lali..saya ketawa jer sepanjang hari kerana fikir apalah diaorang dapat buat macam ni. Nabi saw buat ke macam ni.
Saya cerita dengan isteri saya. Dia diam jer. Malam tu saya dengar isteri saya menangis lagi. Saya tiba-tiba rasa hiba. Baiknya isteri saya..saya rasa tenang sangat. Saya tengok dia dengan telekung nampak bercahaya dan teramat cantik rasanya..antara doanya dengan berbisik. Ya Allah saya sayang suami saya. Ampunkanlah dosanya. Janganlah azab dia..kasihankanlah dia..dia tak solat. Ya Allah.menangis sambil teresak-esak..
Saya peluk dia dan kata terima kasih tak putus asa 3 tahun doakan abang walaupun abang degil. Dia kenalkan saya pada ceramah agama termasuk ceramah ustaz. Saya dengar ikim.fm sikit-sikit masa ustaz ceramah. Dia hadiahkan saya buku Tangisan Umat. Saya menangis membacanya..saya baca berulang kali. 6 kali saya ulang sebab terasa macam ubat.
Saya baru pulang dari berada di jalan Allah selama 40hari berdakwah. Kehidupan saya dan isteri telah berubah. Benarlah ustaz, menangis dan berjuang di jalan Allah teramat berharga..dulu cerita Islam dan sahabah seperti mimpi. Hari ini terasa ianya benar-benar indah dan realiti bila kita sudah cinta.
Wajahnya dengan berkopiah dan berjanggut. Wajahnya berseri jer..ya Allah bahagianya jika semua orang belajar Islam dan sunnah dalam keluarga.
Sumber:Ustaz ebit lew
loading...

No comments

Powered by Blogger.