Header Ads

Wahai Suami, Isterimu Itu Mahal Harganya Bukan Kerana Maharnya Tetapi Dialah Temanmu Paling Setia

Habis kelas tengahari tadi, aku singgah di Cafe DMAK. Kebetulan aku bawak satu bungkusan makanan di dalam plastik kuning, dalamnya ada nasi, sayur lemak dan ayam goreng. Dan aku duduk bersama beberapa orang rakan-rakan di situ.

“Fuyoh, untung lah ada orang tolong sediakan makanan tiap-tiap hari.” Kata sorang kawan aku sambil sengih-sengih.

“Aku selalu masok sendiri, basuh baju sendiri jah. Mu mesti sedak kea ado ore tolong buatkan. Haha..”

Seorang lagi menambah serbuk secukup rasa, buat sedap dalam masakan. Hilai tawa mereka menghidupkan suasana di cafe tu.

Aku pun dengan perlahan-lahan ambil tempat duduk, buka tupperware, dan sedia untuk makan .

“Korang nak tahu tak, makanan ni semua kami sediakan sama-sama. Aku tolong masak nasi, Zaujah (isteri) aku tolong potong bawang. Aku buatkan air, dia tolong masakkan ayam goreng tu. Basuh baju pun kami ada shift masing-masing. Kalau isteri aku basuhkan pakaian, nanti aku tolong jemurkan. Pastu malam nanti dia tolong lipatkan.

Bila aku ada exam, aku keluar rumah sebab ada program, mesyuarat atau ada apa-apa hal lain ; dialah yang jadi queen kat rumah tu. Tapi bila dia exam, aku pulak jadi hero dia. Nak sebutnya , suami isteri ni kena saling tolong-menolong. Bukan dia jadi hamba kita.”

Pantas ayat tu keluar dari mulut aku, macam berceramah pula rasanya. Tapi aku puas. Paling kurang aku dah sampaikan perkara yang betul.

Ramai orang kata, untungnya bila dah berkahwin. Semuanya akan terjaga. Makan minum,serta pakaian tersusun . Seolah-olah kita dilayan seperti seorang anak raja oleh seorang bidadari.

Kehidupan sangat indah, dan si suami tak perlu buat apa-apa di rumah. Semuanya ditanggung beres oleh seorang wanita yang bernama isteri.

Hakikatnya , kehidupan di alam rumahtangga akan terasa manisnya jika kedua-dua pasangan menjalankan peranan masing-masing.

Kalau suami potong bawang, isteri kena tolong masakkan.
Suami tolong basuh berak anak, isteri kena buatkan air susu untuk anak.
Suami ada kerja, isteri tolong topupkan apa-apa kerja yang ada di rumah.
Isteri ada masalah/exam/perlu berehat, jadi si suami lah kena tolong bantu jadi suri rumah yang berjaya. Jaga emosi dan mentaliti dia.

Tak ada istilah bila anda berkahwin, anda hanya perlu bergoyang kaki di rumah. Tengok tv, baca surat khabar. Sedangkan isteri sedang berhempas-pulas di dapur.

Sebab itu bila saya jumpa dengan kawan-kawan yang tidak mengemas biliknya dengan baik , atas katilnya penuh dengan buku, laptop, sisa makanan, dan cadar yang tak ditukar selama setahun , saya cakap dalam hati ; “Dia ni belum bersedia untuk berkahwin”.

Sebab dia masih belum mampu menguruskan dirinya dengan baik. Apatah lagi bila dia nak berumah tangga, menguruskan bahtera rumah tangga yang sangat besar tanggungjawabnya.

Dan yang paling besar adalah dia akan menjaga seorang WANITA yg terkenal dengan sifat kekemasannya dan perfectionist-nya (mementingkan kesempurnaan).

Point yang saya nak sebutkan adalah:

1. Nak melihat bagaimana eloknya sebuah rumahtangga tu, maka lihatlah pada kedua-dua pasangan tersebut. Kalau dua-dua pandai menguruskan diri, urus masa dan kewangan dengan baik, tak tinggal solat baca al-Quran dan amalan-amalan baik; maka insyaAllah akan bahagialah rumahtangga tersebut.
2. Nak cari isteri yang solehah, maka kamu tu sendiri yang kena jadi soleh dulu. Jangan tinggal solat tahajud, solat dhuha, baca Al-Quran. Kemas bilik baik-baik, belajar cara memasak, belajar cara lipat kain. Masa tu barulah kamu akan bersedia utk ‘berbini’.
3. Ikutlah akhlak Rasulullah SAW bersama para isteri baginda. Di rumah, bagindalah yang menjahit selipar, menjahit baju, menguruskan makanan, membantu isteri di dapur.. Sedangkan baginda merupakan seorang ketua negara, ketua agama, ketua umat Islam pada ketika tersebut.

Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik kepada ahli keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik pada keluargaku.”
[Hadith Sahih]

Sumber : tazkiirah.net
loading...

No comments

Powered by Blogger.