FAHAMI 3 KONSEP IHTISABAN (MENGHARAP PAHALA DARI ALLAH SWT) DALAM BULAN RAMADHAN
Salah satu pelajaran penting yang dapat kita ambil dalam bulan Ramadhan, yang di dalamnya ditempa untuk senantiasa ikhlas dalam beramal ibadah.Yang dimaksud ikhlas adalah memurnikan ibadah hanya untuk Allah SWT dan kerana Allah SWT semata-mata. Maka patutlah Ramadhan disebut dengan madrasah ikhlas.
Lihatlah dalam amalan puasa, Rasulullah SAW menyebutkan amalan dalam bulan Ramadhan dengan menggunakan kata ihtisaban (احتسابا) dalam 3 amalan:
1. Dalam amalan berpuasa.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Ertinya:
“Barangsiapa berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari no. 38 dan Muslim no. 760, dari Abu Hurairah).
2. Dalam amalan sholat malam atau shalat tarawih.
Rasulullah SAW bersabda dalam satu riwayat:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Ertinya:
“Barangsiapa melakukan qiyam Ramadhan karena iman dan mencari pahala kerana Allah SWT, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari no. 37 dan Muslim no. 759, dari Abu Hurairah).
Yang dimaksud qiyam Ramadhan dalam riwayat di atas adalah shalat tarawih sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim, 6: 36.
3. Dalam menghidupkan malam lailatul qadar dengan shalat malam.
disebutkan,
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Ertinya:
“Barangsiapa melaksanakan shalat pada malam lailatul qadar karena iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari no. 1901, dari Abu Hurairah).
Yang dimaksud IHTISAABAN dalam hadits di atas berarti beramal karena mengharap pahala dari Allah. Dan Itulah yang dimaksud dengan ikhlas.
Oleh karena itu dalam amalan di sepanjang bulan Ramadhan, biarlah kita beramal kerana Allah SWT bukan kerana bulan Ramadhan.
Yang membezakannya adalah.
Jika kita beramal ibadah KERANA RAMADHAN, maka kita hanya rajin sepanjang bulan Ramadhan sahaja. Sedangkan jika kita beramal KERANA ALLAH SWT, maka rajin kita sepanjang tahun. Bukan hanya karena bulan Ramadhan.
Dalam beramal ibadah kita, bukan kerana bulan Ramadhan dan juga bukan mengharap pujian manusia dan juga bukan semata-mata harapan duniawi.
Perhatikanlah bagaimana akibat dari amalan yang hanya ingin mengharap pujian manusia atau hanya pada perkara duniawi atau perkara lain selain Allah SWT.
Dari Abu Sa’id Al-Khudri, ia berkata,
خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ فَقَالَ « أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِى مِنَ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ». قَالَ قُلْنَا بَلَى. فَقَالَ « الشِّرْكُ الْخَفِىُّ أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ يُصَلِّى فَيُزَيِّنُ صَلاَتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رَجُلٍ »
Ertinya:
“Rasulullah SAW pernah keluar menemui kami dan kami sedang mengingatkan akan (bahaya) Al-Masih Ad-Dajjal. Lalu beliau bersabda, “Maukah kukabarkan pada kalian apa yang lebih samar bagi kalian menurutku dibanding dari fitnah Al-Masih Ad-Dajjal?”, para sahabat bercakap demikian kata Abu Sa’id Al-Khudri. Beliau pun bersabda, iaitu “Syirik khofi (syirik yang samar) di mana seseorang shalat lalu ia perbagus shalatnya agar dilihat orang lain.” (HR. Ibnu Majah no. 4204. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits tersebut adalah hasan).
Berbuat riya’ (menunjuk-nunjuk amalan) benar-benar tidak akan dipedulikan oleh Allah SWT.
Dalam hadits disebutkan, Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ مَنْ عَمِلَ عَمَلاً أَشْرَكَ فِيهِ مَعِى غَيْرِى تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ
Ertinya:
“Allah Tabaroka wa Ta’ala berfirman: Aku sama sekali tidak perlukan pada sekutu dalam perbuatan syirik. Barangsiapa yang menyekutukan-Ku dengan selain-Ku, maka Aku akan meninggalkannya (artinya: tidak menerima amalannya, pen) dan perbuatan syiriknya” (HR. Muslim no. 2985).
Imam Nawawi rahimahullah menuturkan, “Amalan seseorang yang berbuat riya’ (tidak ikhlas), itu adalah amalan batil yang tidak berpahala apa-apa, bahkan ia akan mendapatkan dosa” (Syarh Shahih Muslim, 18: 115).
Begitu pula orang yang beramal hanya mengharap habuan dunia semata-mata, atau beramal kerana bulan tertentu dengan mengenepikan hukum wajib dan sunnahnya, maka ia benar-benar akan merugi.
Allah SWT berfirman dalam surah Asy Syuraa ayat 20:
مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الآخِرَةِ نزدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ
Ertinya:
“Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.” (QS. Asy Syuraa: 20)
Semestinyalah dalam beramal ibadah kita mesti dilakukan dengan keikhlasan semata-mata karena Allah SWT.
Sebagaimana disebutkan dalam Al-Qur'an surah Al Bayyinah ayat 5:
وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Ertinya:
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah SWT dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya (artinya: ikhlas) dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan salat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus” (QS. Al-Bayyinah: 5).
Marilah kita jadikan bulan Ramadhan sebagai madrasah untuk melatih keikhlasan dalam beramal ibadah. Bukan kita rajin kerana Ramadhan, datang ke masjid kerana Ramadhan, bukan bersedekah kerana Ramadhan, tetapi Hanya keran Allah SWT lah yang memberi taufik dan hidayah kepada kita sekalian. Mudah-mudahan amal ibadah yang kita lakukan ikhlas kerana Allah bukan kerana yang lainnya. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Sumber : baca-tazkirah.blogspot.my
loading...
Insyaallah kta teja mlm lailatulkadar
ReplyDelete